
Albarr MyWealth + Barakah MyWealth

Photo 8
Latar Belakang Albarr MyWealth + Barakah MyWealth
Albarr MyWealth + Barakah MyWealth adalah Aspirant Mega Agensi yang mewakili Great Eastern Takaful Berhad.
Pengasas Agensi Albarr MyWealth & Barakah MyWealth adalah Dell Hj.Muhamad dan Nurhafizah Hafaz.
Misi Utama kami adalah membantu seramai mungkin ahli keluarga /rakyat Malaysia untuk memiliki perlindungan Takaful dan mengurus bijak Risiko kewangan Kesihatan.
Motto Agensi kami adalah,
Cipta - Urus dan Lindung
Sehingga ke hari ini, kami telah membantu melebihi 3000 keluarga membuat perancangan Takaful mereka.
Agensi kami telah melantik 20 konsultant, sedia berkhidmat untuk anda.
Mengapa kita perlu memulakan Takaful Medikal Anak(Bayi) seawal mungkin?
1) Menyediakan Penjagaan kesihatan Berkualiti untuk Anak(Bayi)
Pelan Takaful Medikal memberi opsyen kepada para ibu bapa untuk memilih fasiliti perubatan di hospital swasta sekiranya Anak/bayi mereka perlu mendapat rawatan perubatan ataupun hospitalisasi.
2) Mengurangkan Beban Kewangan Ibu Bapa
Biasanya, kanak-kanak terutamanya pada umur bayi (di bawah umur 2 tahun), mudah terdedah kepada pelbagai penyakit berjangkit/kondisi perubatan.
Antara 5 penyakit yang biasanya menyerang Kanak-Kanak di bawah umur 2 tahun adalah
1. Acute Bronchiolitis
2. Asthma
3. Pneumonia
4. Tonsillitis
5. Acute Gastroenteritis
Pelan perubatan Takaful yang kukuh membolehkan anak(bayi) mendapat akses kepada bantuan perubatan(Hospitalisasi) yang lebih cepat & berkualiti, tanpa membebankan kewangan ibu bapa.
3) Menjamin perlindungan Medikal Untuk Anak (Bayi)
Sebarang Penyakit Kanak2 seperti, ADHD, Austism yang lazimnya akan didiagnos dari umur 2 tahun dan ke atas akan menyebabkan permohonan Pelan Perubatan Takaful Anak anda ditangguh ataupun ditolak terus.
Jadi, adalah wajar bagi para ibu bapa menyediakan satu pelan perubatan yang komprehensif, sebaik-baiknya sebelum semua kondisi medikal yang tidak diingini didiagnos pada kemudian hari. Permohonan untuk Pelan Perubatan Takaful boleh dibuat seawal Bayi berumur 14 hari.
4) "Waiting Period" - 120 Hari
Selain daripada kes kemalangan, Pelan Medikal Takaful mempunyai tempoh Menunggu 30 hari untuk penyakit biasa & 120 hari untuk penyakit spesifik (penyakit yang lebih kronik).
Secara ringkas, Kad Medikal tidak memberi perlindungan penuh dengan serta merta.
Saranan kami adalah, memiliki Pelan Takaful Medikal secepat mungkin.
Lagi kita tangguh, lagi lamalah Pelan Medikal Takaful itu akan Berkuatkuasa.
Perkhidmatan konsultasi - Anak Baru Lahir
-
Takaful Perubatan Anak1) Had Keseluruhan Tahunan & Seumur Hidup tanpa Had
2) Elaun Tunai Harian Penghospitalan
3) Penjaga Harian
4) Telekonsultasi Pesakit Luar Tanpa Had
5) Kad E-Perubatan -
Tabung Amanah Pendidikan1) Flexibility untuk memilih dan menetap tempoh Tabung Amanah, jumlah yang diperlukan untuk tujuan pendidikan anak2, syarat2 & Cara pembayaran pendidikan dan pelantikan pemegang amanah.
2) Pembiayaan Tabung Amanah Pendidikan secara inovatif dengan gabungan produk lain seperti wasiat dan pelan takaful. -
Akaun Hibah Bersyarat1) Ibu Bapa / Suami Isteri boleh menetapkan syarat2 untuk pembayaran Hibah kepada Anak2 ataupun penerima Hibah.
Sebagai contoh, kos penjagaan anak dari umur 1-10, 11-17 dan kos pendidikan institusi tinggi pada umur 18-25.
Ibu Bapa juga boleh membuat pelantikan penjaga kepada anak2 sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku kepada kedua2 ibubapa.
FAQs
Seawal mungkin, kerana tempoh menunggu (Waiting Period) untuk Kad Perubatan adalah 120 hari dari tarikh kuasa sijil Takaful.
Kad Perubatan akan mula efektif bermula dari hari ke-121 untuk penyakit spesifik.
Permohonan boleh dibuat seawal bayi berumur 14hari.
Sekiranya, bukan penyakit yang serius, kita masih mempunyai peluang yang agak besar.
Walaubagaimanapun, bicara-lah dengan konsultant kami untuk mendapat maklumat lebih lanjut.
Sebahagian daripada caruman bulanan Pelan Perubatan Takaful ini disalurkan ke Akaun Simpanan pendidikan Anak2. Adalah wajar kita nilai dari sudut Berapa jumlah yang kita perlukan untuk Dana Pendidikan Anak2 kita pada kemudian hari.
0Reviews for Albarr MyWealth + Barakah MyWealth
Quality of services
Professionalism
Flexibility
Value
Average response time
Contact provider
How to request for service?
- Choose your preferred provider
- Answer a few questions
- Submit the request